Tuesday

HIV Test

Sekarang ni nak kawen makin mcm2 nak kena buat..termasuk HIV test untuk bakal pengantin.Hari ni aku ngan Mi pergi buat HIV test kat Klinik Kesihatan Dato' Keramat.Klinik tu disenaraikan oleh JAWI untuk wat blood test tuh..Tak jauh dari umah Mi.Masa sampai nombor giliran aku ngan Mi ialah yg ke 98 dan 99..no yg sedang terima rawatan adalah 66.isk..lama tu..lepas register semua,aku ngan Mi tggu sambil berbual dan sedikit bergaduh.Aku jeles bila die tgk nurse kat situ..huh! Aku ckp kat Mi yang darah kita akan diambil kat celah pelipat lengan tuh..Aku tgk Mi tak keruan.Dia chuak siap baca doa..comel je aku tgk..Aku plak byk cakap sebab nak ilangkan rasa ngantok.

Luckily those yg nak wat ujian HIV tak perlu tggu giliran mcm pesakit biasa.Nama kami dipanggil untuk masuk bilik rawatan.Mula2 kami diberi info tentang HIV dan AIDS.

Mi : Nurse,amik darah kat lengan ke kat jari..
Nurse1 : Kat jari je..
Mi : Syim,kat jari je lah..(sambil menyiku aku)
Syim : Memanglah..haha..cuak kau..
Nurse2 : Nape..awak takut ke?(die tanye Mi)..makwe relax je.awak yg takut..
Nurse1 : Awak kene tipu ngan die(Syim) eh?awak igt amik kat lengan eh..
Syim : Haha..a'ah..nerveous giler die tadi..
Mi : Bodow(dlm hati)

Nurse1 & Nurse2 dah ready jarum....."Sikit je eh..",kata Nurse.

Memang sakit sikit je..jari aku dah biasa lah tercucuk keronsang masa nak pakai tudung..lagi sakit tau.Ni sikit je..Lepas darah diambik,darah dititik kan kat tester ape ntah.ala2 pregnancy test punyer alat tuh...die kata kalo 2 line maka darah aku atau Mi reaktif .

Actually ujian yang kami buat tu adalah ujian saringan.Masa ujian saringan ni darah kita reaktif,maka kena buat ujian pengesahan pulak.Kalau tidak reaktif maka darah kita elok dan tak perlu proceed ke ujian pengesahan..Masa ujian pengesahan ni kalau keputusannya positif maka kita menghidapi HIV..Dalam erti kata lain kalo ujian saringan anda tidak reaktif,anda dan pasangan anda sihat tanpa HIV.

Alhamdulillah kat tester kami (sorang satu tester) hanya ada satu line sahaja..bermakna kami bebas dari virus HIV! Bukan leh sangka mende HIV ni .mane tau kan kalo kot2 accidentally masa amik/derma darah ke kan..Lagipun kami takde lah pulak buat benda2 yang boleh membuatkan kita leh dijangkiti itu virus..
Lepas ujian saringan kami berjumpa dengan doktor untuk pertanyaan lanjut..aku tanya tetang Thalasemia.Doc kata kalo nak test tu kena amik darah kat lengan dan bawak seniri darah tu ke HKL untuk ujian..aku tgk muka Mi dah pucat..sian pulak..Doc tanye nak buat ke tak..aku kata lain kali je lah sebab ader benda lain nak buat lepas ni..sebenarnya aku kesian tgk muka Mi dah mcm nak nangis..ahaks..

Lega rasanya dah lepas 1 proses untuk persiapan kawen ni..lepas ni proceed urusan lain plak..nak kena jumpa kariah Kg. Kerinchi..tapi kena tunggu wali(abah aku) datang KL Khamis ni kot..

1 comment:

ShYm said...

Borang HIV test leh ami kat mane2 Jabatan Agama Islam..RM10 satu borang.Sorang 1 borang.