Sunday

Rumah baru,Dunia baru

Hari aku menulis blog ni,dah 42 hari aku ngan Mi diijabkabulkan..sekejap tol masa. Dan kalau korang nak tau dah masuk hari ke 8 aku kat rumah baru. ye,aku dah pindah kat Pangsapuri Sri Nilam,Bandar Baru Ampang. Masuk 1 hb Jun aritu.Perasaan?Mesti lah seronok. Umah ni besar lagi dari umah kerinchi dan ada 3 bilik.kat kerinchi ader 1 bilik je. Yang lebih penting sewa umah ni cuma Rm500 sahaja.. Cuma lebih RM35 dari umah kerinchi..Syahdu kan.

Tapi aku lom abis angkat barang dari umah kerinchi.Aku masih sewa setengah bulan kat umah kerinchi untuk proses packing barang2.Penat gak sebab umah aku mmg byk barang.Banyak jugak sampah yang dibuang.Tak sangka aku ni simpan sampah.Tapi aku rasa aku dah berubah dah,asyik nak buang je segala benda.heheheh.. Buat masa ni yang complete kat rumah baru ialah bahagian dapur aku. Yela,kenyang perut kan suka hati..yang lain2 tu dah angkat gak barang tapi lom complete la..masih angkat sikit2. Rabu depan (11 Jun) baru angkat segala barang yang besar2 pakai lori sewa. Nak angkat fridge,washing machine,TV,almari baju,meja komputer,buku2 dan macam2 lagi benda yang tak muat nak bawak naik kete..

Nanti aku upload pic umah baru k.lom transfer lak kat pc..

No comments: